Wednesday 16 September 2009

PERJALANAN SEORANG INSAN

Saat aku terbaring kaku
tanganku basah mengenggam bekalanku
kaki kerdilku sejuk membawa azimat bertahun lalu
aku akan melangkah ke dunia baru
dunia yang aku sendiri tak pasti keindahan atau keperitannya

Aku yang dulunya menjadi insan merantau
merasai nikmat Tuhan walaupun hanya untuk seketika
kadang-kadang aku jadi taksub
lupa,lalai
aku mula terkurung dalam kantung dosa
aku mencuba sesuatu yang membuatkan aku adalah insan yang hina
dimana aku terperangkap dalam penjara kemungkaran
aku melalui hari yang punah sebagai seorang insan

Perjalananku berliku
cabaranku umpama kerikil-kerikil tajam
namun suatu hari aku merasai balasanNya
aku merasa nikmatku ditarik kembali
aku merasai masaku hampir tiba
tapi...kemana destinasi insan sepertiku?
kemana?bagaimana?

Aku merenung jalan penghujung duniaku
ya..siapa aku?
"anakku masih sempat untukmu bertaubat"
mutiara yang keluar dari bibir ibu tua
aku sedar..

Aku merenung kembali kamar sepiku
dimana destinasiku selepas perjalanan ini?
moga aku menjadi insan terpilih selepas taubatku..
moga aku mengerti perjalanan seorang insan bukan mainan untuk aku persiakan..

PEMIMPIN KITA...

Pemimpin kita...
Jelas kelihatannya..
Sesekali cuba untuk menaikkan nama..
Walau dengan pelbagai cara..

Pemimpin kita..
Tidak sama seperti dahulu..
Janji dipegang, amanah dijulang..
Tatkala meniti peredaran zaman..
Seringkali kita melihat, mendengar..
Pemimpin yang masih alpa,
masih leka dengan dunia mereka..

Wahai pemimpin kita..
Tiada guna disanjung di dunia..
Sesudah mati tiada ke mana..
Sedarlah.. Insaflah..
Sesungguhnya..
Kebenaran di sebalik segala tragedi yang menimpa..
Hanya berselindung di sebalik hakikat...
Kabur diselubungi mitos-mitos palsu..

Lihatlah..
Dengan penipuan, dengan kekejaman...
Tiada gunanya..
Sekalipun apa yang berlaku kini.. tiada kesan terhadap pemimpin kita..
Namun, tempiasnya kena pada rakyatnya..

Jangan..
Usah biarkan ini terus berlaku..
Ketahuilah bahawa.. pekerjaanmu itu..
Bersandarkan tanggungjawab..
Tanggungjawab yang masih belum dapat dilaksanakan dengan sebaiknya..
Bukan hendak menghina,
Bukan hendak mencaci,
Tetapi.. inilah hakikat....
Hakikat sebenar 'Pemimpin Kita'....




Sunday 15 March 2009

kehidupan di yaman

IsLam ajar kita,apabila manusia selalu diawasi oleh RaQib aTid,walaupun ada ibu bapa,guru,ustaz,polis dan askar,ada lagi Allah Yang Maha Mengawasi.Mari kita bersama-sama 'besar-besarkan' kesedaran ini. Inilah cara untuk menangani masalah sosial yang sangat kritikal sekarang ini. Semangatnya ialah, sekalipun polis tiada, Allah tetap ada. Tuhan sentiasa ada dan sentiasa melihat perbuatan kita..(ToK GuRu NiK AziZ)


Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada disisinya malaikat pengawas yang selalu hadir (Qaf : ayat 18)


Setiap manusia di bumi Allah ini tidak terlepas daripada balasan Allah atas segala perbuatan yang dilakukan sama ada sebagai seorang manusia biasa ataupun pemimpin negara


Keldai hanya pandai memikul Al-Quran dan kitab di atas belakangnya tetapi sedikitpun tidak tahu,tidak berminat mengambil tahu maksudnya (ToK GuRu NiK AziZ)